BestBuddyz1216 :)

Follow or Dashboard



Hi! welcome to our blog. feel free to navigate around. :)
Badar SMKAKL SMKAKL LangitIlahi
Assalamualaikum
Saturday, 26 April 2014 • 02:33 • 0 comment[s]


nak cerita pasal lawatan tahun lepas . ke mana kami pergi ?
ke Homestay Sg. Haji Dorani :D
kitorang pergi lepas exam .  exam akhir tahun habis 25 oktober . pergi lawatan 26 oktober .
perghhh ! memang release tension :p
kitorang pergi 2 hari satu malam . kat sini kitorang ada keluarga angkat . 
rumah kitorang saaaaaangat jauh daripada rumah kawan lain and centre . centre tu tempat kitorang buat aktiviti and berkumpul .

pukul 8 kot kitorang bertolak . 2 jam (mungkin) kemudian sampai ke destinasi .
ok , nak share gambar . tengok arr ~

sampai sampai je nampak padi menghijau . 


kitorang angkat barang taruk kat centre . sementara nak tunggu keluarga angkat sampai , lepak lepak dulu kat centre . amik gambar , beli aiskrim etc  

 see ! pantang jumpa kawasan lapang terus main bola . haihhh --' 

sementara tu , puteri makan makan dulu .
 perghh makan aiskrim sambil menikmati keindahan ciptaan Allah :)

ada jugak yang amik gambar . tak nak lepaskan peluang lah katakan . . 

 berjam jam kot nak tunggu keluarga angkat datang amik kitorang bawak balik rumah .
pastu makan tengah hari kat rumah masing masing , solat , mandi etc
lepas tu keluarga angkat kitorang bawak kitorang gi centre balik . ade aktiviti petang tu . mencanting batik , menggogoh ikan , main layang layang etc 

semua khusyuk canting batik . hahahaha seronok .

putera pun same . . . .


lepas canting batik , kitorang diajar tumbuk padi . tapi gambar takde .
lepas buat tumbuk tumbuk semua tu kitorang buat layang layang sendiri . .

yang bestnye boleh hias layang layang sendiri ! tapi kitorang hanya dibekalkan 6 ekor rama rama yang diperbuat daripada kertas warna . pastu pandai pandai ar hias sendiri .

hahaha seronok tengok layang layang yang tak terbang . ada yang tali putus pastu jatuh tengah tengah sawah kahkahkah :p pastu ada yang jatuh dalam parit . hancur layang layang

HAHAHA tak tau lah kenapa rasa nak gelak . comel ar pulak :p

haaaa lepas main layang layang , kitorang gogoh ikan keli . eyuckss geli gilee !
dalam lumpur tu ade baaanyak ikan keli . dah lah lembik .. eeuuuu . nak masuk tu meremang .

putera selamba je berenang renang dalam tu . macam kolam renang dibuatnya

ni lagi lah . haishhh hati kental benor .

puteri dah selesai gogoh ikan . putera still tak putus asa 
di medan peperangan antara manusia dan ikan keli .

lepas gogoh ikan , kitorang mandi kat tali air . seronok ! first time mandi kat tali air . tapi still kena mandi shower sebab tali air tu kotor . sampai je centre dorang kata takde air . air ade sikit . kitorang mandi ala kadar je . sebab kitorang dah rancang nak mandi betul betul kat rumah nanti . pastu kitorang solat berjemaah . tapi tak ramai puteri yang berjemaah sebab mandi . puteri yang mandi awal je sempat jemaah .
khusyuk solat . . .



khusyuk lagi . .

lepas solat , kitorang ade malam kebudayaan . setiap kelas kena buat persembahan . memang kelakar lah persembahan . hahaha 

ni gambar kelas aku . abu bakar . buat nasyid :D


lepas malam kebudayaan , kitorang ade night walk . seronok gilee ! night walk kat tengah tengah sawah . cuma berbekalkan satu obor .night walk ni buat group ikut kelas . kelas aku , group yang terakhir . nak dijadikan cerita , group kitorang sesat ! wuuuu ~ nasib baik tau cikgu ikut belakang . dan yang paling scary cikgu pun tak tau yang kitorang sesat . cikgu ikut je mane kitorang pergi . sampai satu tempat tu baru kitorang tau kitorang sesat sebab kawan aku yang dah lama sampai centre call . dia kata orang yang sepatutnya bawak kitorang balik ke centre terlupa still ade group lagi .

humm sadis . sepanjang sesat tu , ade cerita misteri . nak tau ?
macam ni . kitorang ade lalu satu gudang kosong. sebelum lalu gudang tu , ade sorang laki tengah mesej . kitorang buat bodoh je . pastu lepas lalu gudang tu kitorang stop sebab jalan kat depan tu penuh semak samun . so kitorang patah balik . start kat situ lah kitorang tau kitorang sesat . bile lalu balik gudang tu tetiba ade raaamai sangat orang sambil cakap "nampak burung hantu ke ?" "nampak hantu ke ?" 
kitorang buat bodoh je ar  . 

bila patah balik tu tetiba pulak ade benda jatuh dari langit and then masuk dalam obor . obor pun mati . kitorang cam .... takut gile ,, dah lah gelap .time tu dah pukul 12 lebih . 
kat situ ade rumah orang . cikgu hazli siap ketuk pintu rumah orang tu lagi nak tanya jalan mana nak balik centre . hahahaha . bila cek phone , ade banyak miss called . 
lepas sesi call - call semua tu selamat lah balik ke centre . hehehe nasib baik ade cikgu hazli dengan cikgu azhar kat belakang

pastu ade supper . and then balik ke rumah masing masing . balik tu tak mandi dah .acah acah je nak mandi betul betul bila balik rumah . tapi tak pun . sampai sampai je terus terlentang atas katil .

esok tu kitorang melawat kilang nata de coco , kilang kerepek and muzium sabak bernam .
pukul 6.30 petang selamat sampai di SMKAKL .















Assalamualaikum .
Sunday, 20 April 2014 • 00:36 • 0 comment[s]
 semua orang ada kawan . mustahil lah kalau kata takde kawan . tapi tak semua kawan kita tu boleh digelar sahabat . sebab sahabat tu susah nak cari . sahabat tu orang yang boleh bawak korang kenal Allah dengan lebih dekat .

SAHABAT . umpama baju . boleh melindungi kita , mencantikkan kita dan menjadikan kita sempurna di mata orang .

KAWAN . hemm , mungkin boleh diumpamakan  pen yang berada dalam poket . kadang kadang pen sangat berguna tapi kadang kadang langsung tak berguna bila dakwat habis . pen akan dibuang begitu sahaja . malah ada juga pen yang dakwatnya bocor sehingga mengotorkan baju kita .

Jadi , pilihlah sahabat yang boleh pimpin kita ke Syurga Allah

.

Assalamualaikum
• 00:29 • 0 comment[s]


"sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh ke dalamnya " -Hilal Asyraf-

ada manusia yang rapat dengan kamu kerana wang kamu. ada manusia yang sanggup bergadai nyawa menjaga kamu kerana kesempurnaan wajah kamu. ada juga manusia yang sanggup menghabiskan hartanya untuk kamu hanya kerana keluarga kamu . mereka itu tidak layak digelar sahabat

so, kiranya sahabat yang baik tu maksudnya sahabat yang kamu cinta kepadanya, dan dia pun cinta kepada mu dan sahabat yang kamu mendoakannya dan dia mendoakanmu .


« Newer
Older »
Bobblehead Bunny